Ep 5: Al-Kisah Al-Hadat!
Sinopsis:
Episod yang berfokuskan keluarga Al-Hadat. Fluffy mahu menambahkan tentera tikusnya tetapi tidak cukup Phantom Membrane untuk proses pembiakan tikus - tikusnya. UlalaGorjes pula memberitahu bahawa kawasan rumahnya di kacau oleh mob-mob Phantom. Fluffy menolong UlalaGorjes dengan syarat dia dapat menyimpan semua Phantom Membrane dari Phantom-Phantom itu. PandaMerahJr pergi ke sekolah itu semula tetapi kali ini dia di sambut oleh tuan empunya sekolah, iaitu AuntyDayang Al-Hadat dan terus mendaftarkan PandaMerahJr sebagai murid baru di sekolah itu tanpa persetujuan PandaMerah. AuntyDayang berjumpa dengan PandaMerah untuk memberitahu hal anak angkatnya. Babatlicious mengajak Fluffy untuk menyertainya bersama-sama dengan Aki_Sakura dan AbeDomo untuk mengedalikan eksperimen TNT AbeDomo. Aki_Sakura dan Babatlicious bercadang mahu membina kedai ais krim di Kampung Puri-Puri. UlalaGorjes mahu memperbetulkan keadaan dia dan AbeDomo selepas insiden Nether hari itu dengan mahu memberi hadiah kepadanya. Tetapi AbeDomo tiada di rumah. UlalaGorjes mula menceroboh dan mengusik eksprimen TNT yang Abe Domo biarkan di rumah. Akibat perangai ingin tahu UlalaGorjes, rumah Abe Domo meletup.
Cast:
Arahan:
PandaMerah & & Fluffy Al-Hadat
Penyunting:
PandaMerah & & Fluffy Al-Hadat
Durasi:
35 minit 15 saat