Ep 7: Sekolah Bermula!
Sinopsis:
PandaMerahJr memulakan hari persekolahannya dalam episod kali ni. Di sana dia dapat tahu bahawa murid-murid lain yang sertai sekolah ini adalah MadnexDragonX dan TaeeHyung. Dia dan TaeeHyung mula rapat berkawan. Di sekolah itu juga dia berjumpa semula dengan hantu misteri yang dia jumpa satu ketika dulu. Hantu tersebut bernama MaoZheNaw. Saka kepada Aki_Sakura dan guru kelas mereka. Dia dapat tahu bahawa Cikgu MaoZheNaw mempunyai pengetahuan terhadap buku-buku pelik di Overworld. MadnexDragonX memberitahu dia ingin tahu tentang buku Wither yang dijumpainya dulu manakala PandaMerahJr pula ingin tahu pasal buku Ancient Boss di rumah PandaMerah. Aki dan Babat telah siap membina dan mendekorasi kedai ais krim mereka. Aki mahu menanam benih bawang yang diberikan kepadanya oleh Fluffy. PandaMerah berkongsi cerita tentang asal-usul PandaMerahJr kepada Fluffy. MekYah mengajak Marzwalnut dan AbeDomo untuk mencari kubu Stronghold. Babatlicious sudah bina rumah barunya selepas pindah dari rumah Aki. Tetapi rumah beliau di ceroboh oleh lanun misteri yang hanya mahukan ais krim-ais krimnya. Keesokkan harinya PandaMerahJr berjaya mencuri buku Ancient Boss PandaMerah dan bawanya ke sekolah. AuntyDayang dapat tahu perbuatan PandaMerahJr. Tetapi dia tidak menghukumnya. Malah mahunya bersama-sama dengan TaeeHyung pergi mencari anak buahnya, Ulala. MadnexDragonX dapat dengar perbualan mereka dan terus memberi tahu PandaMerah.
Cast:
![taehyung.png](https://static.wixstatic.com/media/e603ca_037924a745804065a4bcbb19803f8d78~mv2.png/v1/fill/w_62,h_60,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/taehyung.png)
![fluffy.png](https://static.wixstatic.com/media/e603ca_a526ea1bab6444488fc1c95be379e1fe~mv2.png/v1/fill/w_60,h_62,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/fluffy.png)
Arahan:
PandaMerah & Fluffy Al-Hadat
Penyunting:
PandaMerah & Fluffy Al-Hadat
Durasi:
42 minit 37 saat