top of page

Senarai Episod

 

SIRI PERTAMA

Siri pertama MMM terbahagi kepada tiga bahagian. Beberapa version FTB telah di update kan sepanjang rakaman siri ini. Siri MMM ini dicipta oleh PandaMerah &  Alan Lembu. Bahagian pertama, mengandungi 9 episod sahaja. Ianya mengisahkan tentang staff MMM meneroka & mempelajari tentang dunia FTB (Feed The Beast) & pembinaan sebuah kampung yang di beri nama, Puri - Puri Town. Bahagian pertama ini berakhir dengan kekalahan staff-staff MMM kepada raksasa yang bernama, Hydra.

Bahagian kedua siri pertama MMM ini pula mengisahkan tentang permulaan yang baru & persahabatan. Kebanyakan episod - episod MMM dalam bahagian ini hanya mengisahkan tentang staff MMM berseronok sesama sendiri. Bahagian ini sepatutnya mengisahkan tentang duani Aether, tetapi server Aether mempunya banyak masalah ketika pengambaran. Ianya hanya mempunyai 7 episod sahaja & berakhir dengan kemenangan dalam 2 pertarung di Twilight Forest.

Bahagian terakhir untuk siri pertama MMM ini mengandungi banyak adegan - adegan penuh aksi & komedi spontan. Di dalam bahagian ini, banyak mod - mod baharu diperkenalkan. Diantaranya ialah, Ars Magica 2. Di dalam bahagian ini juga ada banyak aksi pertempuran bos - bos dari mod Ars Magica 2. Episod terakhir untuk siri pertama MMM ini berakhir dengan pertarungan semula di antara staff - staff MMM dengan Hydra & kemusnahan Puri - Puri Town oleh suatu raksasa yang tidak di kenal pasti.

SIRI KEDUA

Siri kedua MMM ini mengisahkan tentang geng-geng MMM cuba untuk menakluk dunia dimensi OreSpawn. Akibat kemusnahan Puri-Puri Town dalam siri yang lepas, Panda membuat keputusan untuk mencari siapa yang memanggil naga putih berkepala tiga yang bernama 'The King' itu ke Puri-Puri Town. 

© 2022 Modded Minecraft Malaysia.

bottom of page